Tips dan cara – cara menjadi fotogenik
Salam =) . Fotogenik ini tidak memerlukan bakat semulajadi tetapi boleh hadir sekiranya anda mahu dan oleh itu hari ini aku nak bagi tips –tips atau cara – cara untuk menjadi fotogenik ! Tips yang bakal aku kongsi ini memang aku dah guna pakai dan berkesan untuk aku . Sebelum itu , tahukah anda apa itu ;
MAKSUD FOTOGENIK
- Kamus Oxford Edisi Ke-10 mengatakan bahawa maksud Fotogenik ialah ‘nampak menarik di dalam gambar’ .
- Tidak kurang juga ada yang berpendapat Fotogenik bermaksud ‘ biasa di luar , cantik di dalam gambar ’ .
Pendapat anda pula ??
. . . . . . . .
Ok , sudah tahu erti fotogenik ? Mari kita ke tips yang menjadi sebab anda baca entri ini .
TIPS MENJADI FOTOGENIK
1 . -mata
Setiap kali aku tengok gambar orang , mata aku akan tercacap kepada ‘mata’ orang tersebut . Memiliki mata yang pandai ekspresikan keadaan memang sangat mengujakan . Kepada anda , cuba senyum menggunakan mata . Caranya senang saja , ambil cermin dan cuba lakukannya tanpa menggerakkan bibir anda . psst . . runcingkan sedikit dagu anda untuk membuat mata lebih besar dan menggoda .
2 . -mulut
Dengan melihat bibir seorang sekali imbas saja kita dah boleh buat konklusi mengenai gambar tersebut . Cari senyuman yang boleh ‘boost up’ wajah anda .Hah , perasan tak ramai yang suka memuncungkan bibir mereka ? Ini kerana mereka nak nampak comel dalam gambar . Itu triknya .
3 . -pose
Postur Badan itu penting supaya anda tak nampak kaku dan membosankan dalam gambar . Jangan lupa sesuaikanlah pose anda dengan keadaan . Cuba tegakkan badan dan jangan membongkok ketika gambar diambil (melainkan gambar yang diambil memang mewajibkan anda berbuat sedemikian) . Mendada yang tidak keterlaluan juga akan membuatkan pose anda menawan .
4 . -sembunyikan kecacatan
Kenapa ramai perempuan suka buat pose yang sama ya ? Ini kerana mereka percaya bahawa pose itulah yang membuat mereka nampak menarik yang berjaya menyembunyikan kekurangan mereka . Seseorang yang fotogenik pandai menyembunyikan kekurangannya . Contohnya seperti aku yang muka bulat . Seboleh – bolehnya aku akan elakkan dari mengambil gambar dari atas . (Sebolehnya jangan selalu buat posing yang sama .)
5 . -pakaian
Ada yang mengatakan bahawa ‘kalau orang dah cantik , pakai apa pun mesti cantik .’ Bagi aku , betul juga tapi bagaimana dengan kita yang tak seberapa cantik ini ? (eh eh salah , kita semua cantik tapi tak seberapa ‘hot’) . Ok , jadi disini , pakaian yang dipakai itu juga penting . Cari pakaian yang sesuai dengan warna kulit anda yang boleh membuatkan anda lebih menonjol dalam gambar . Tanya pendapat rakan anda .
6 . -mekap
Orang yang benar – benar fotogenik tidak memerlukan sebarang mekap untuk nampak menawan . Tetapi , memang tidak dinafikan mekap membantu mengindahkan lagi raut wajah anda dan seterusnya mencantikkan gambar anda selain memberi keyakinan yang diperlukan .
7 . -imaginograph
Hasil gambar yang kurang memuaskan ? Tak apa , anda boleh edit untuk menajamkan gambar , memberi pencahayaan yang cukup dan sebagainya . Masa ini jugalah anda boleh gunakan bakat seni anda untuk mengedit . Bagi yang ‘beginner’ anda boleh edit di Photoscape . Software yang simple,percuma dan 5 bintang .
8 .-si fotogenik
Belajar dari mereka yang fotogenik . Belajar perhatikan gambar dan gaya mereka . Cuba buat pose yang sama tetapi dengan idea dan identiti anda sendiri .
9 .-photographer
Pilih seseorang yang mahir mengambil gambar untuk anda . Cantiknya sesuatu gambar itu bukan hanya bahan didalam gambar itu sahaja , tetapi siapa menangkapnya . Seseorang yang pandai menangkap gambar boleh mewujudkan keindahannya yang tersendiri . Jadi , dapatkan seseorang yang pandai bergambar ataupun perbaiki teknik mengambil gambar anda sendiri