Wednesday, 28 September 2011

Ayam goreng kunyit

lepas kelas Bahasa Inggeris Untuk Sains Sosial tiba-tiba perutku berbunyi, aku dan kawan-kawan baikku terus ke cafe pusanika untuk menikmati makan tengah hari. semasa ingin aku mengambil lauk ayam goreng bersalut tepung, teringat pula aku akan pesan ibuku yang tercinta tentang ramuan dan cara-cara untuk menyediakan ayam goreng kunyit yang selalu dibuatnya untuk aku..  

ramuan:
1 cm kunyit hidup
1 sudu garam halus
2 ulas bawang putih
1 cm halia

cara penyediaan:
1. mesin atau tumbuk halia, bawang putih dan kunyit sehingga hancur
2. masukkan garan dan gaul sehingga rata dan perapkan ayam selama 5minit
3. goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan

1 comment:

  1. Ehsan
    tahniah sudah ada blog.
    tambah lagi dengan entri menarik yang lain.
    selamat menulis!

    ReplyDelete