Proses pengelupasan bertindak menyingkirkan sel-sel kulit matiyang melitupi bahagian atas kulit atau epidermis. Rawatan ini sangat penting dan melibatkan proses pengelupasan kulit yang dapat membantu merangsang pengeluaran kolegen dan mengekalkan keanjalan kulit. Biasanya proses ini terbahagi kepada dua iaitu pengelupasan secara fizikal dan pengelupasan kimia.
1.Pengelupasan fizikal
proses ini merangkumi penyinkiran sel-sel kulit matiyang dilakukan dengan menggosokkan menggunakan lulur. untuk badabn selalunya boleh gunakan gula, serpihan biji kopi atau garam untuk merangsang pengelupasan kulit, manakala untuk muka gunakan serpihan yang lebih halus seperti serpihan jojoba.
2.Pengelupasan kimia.
penggunaan bahan-bahan seperti Alphahydroxy (AHAs), Betahydroxy mampu menyingkirkan kulit mati dengan mudah. pengelupasan kimia boleh di buat secara lembut dan agresif, bergantung kepada pendekatan yang anda pilih sama ada menggunakan penyegar, facial peels, atau bahan retinol.

No comments:
Post a Comment