Monday, 3 October 2011

mee celup special

selepas habis tutorial perlembagaan & negara malaysia, aku berjalan merentasi gelagat-gelagat mahasiswa dan mahasiswi yang terlompat-lompat entah kenapa.. "gembiranya mereka" terdetik di fikiranku. tanpa mempedulikan sesiapa yang ada di sekelilingku aku terus berjalan menuju ke keretaku sambil menikmati seni bina bangunan fakulti sains sosial dan kemanusiaan yang agak klasik bagiku. Aku memandu kereta menyusuri alam ukm yang tersergam indah ciptaan Tuhan yang maha agung. dalam menikmati keindahan itu timbul pula keiginan dalam hatiku untuk makan mee rebus.."kalau di kampung ada kedai Harun".. hatiku berkata-kata. "kalau di Bangi tidak ada kedai mee yang sedap" regus hatiku lagi.. tiba-tiba tanganku memutar stereng kereta masuk ke Taman Tenaga dan aku memberhentikan kereta di hadapan sebuah kedai. aku membuka pintu dengan perlahan dan turun dengan penuh perasaan ingin tahu apa makanan yang spesial yang terdapat di kedai tersebut. aku mengambil posisi meja makan yang berada di hadapan untuk aku menghirup angin petang yang sejuk selepas hujan renyai-renyai jatuh melembatkan bumi serta udaranya. sambil aku hilang dalam lamunanku tiba-tiba aku dikejutkan oleh suara yang lembut "adik nak makan apa?" .. aku tersedar dari lamunanku yang membawaku entah ke mana dan aku bertanya dengan penuh sopan " apa yang sepesial yang ada di sini"... " mee celup" wanita bertubuh sederhana itu memberitahuku.. "bagi saya satu" aku memesan makanan untukku nikmati .. alhamdulillah memang sedap mee celup yang aku makan dan terdetik dihatiku untuk mengunjungi kedai makan itu untuk kesekian kalinya nanti.

Saturday, 1 October 2011

Tip-tip selamatkan kulit dari selaran mentari

  1. Hadkan masa berjemur di bawah pancaran matahari anatara jam 10 pagi hingga 4 petang
  2. Guna payung atau topi bertapi lebar ketika keluar rumah
  3. Pakai pakaian yang mampu melindungi kulit dari terkena pancaran matahari
  4. Sapu krim pelindung uv 30 minit sebelum keluar rumah
  5. Jangan lupa mengulangi untuk megoleskan pelindung uvjika anda berada di bawah pancaran matahari untuk jangka masa yang lama.
  6. Berhati-hati berada di pantai kerana permukaan air dan pasir boleh memantulkan sinar matahari yang berbahaya.

Nasi kerabu

sambil aku tengah membaca novel "mengejar pelangi pagi" karya Mohd Kholid Hamzah tiba-tiba perutku berbunyi, itu isyarat penting yang selalu ku terima dari perutku apabila aku berasa lapar. aku bersiap-siap seadanya dengan t'shirt dan berseluarkan jeans bercadang untuk pergi menjamu perut yang kosong di kedai makan di seksyen satu bandar baru bangi. eh tidakku sangka hari ini terdapat pasar malam di sana, jadi aku mengambil kesempatan untuk menyelusuri gerai-gerai yang ada di san tiba-tiba hidungku disambar bau nasi kerabu, dengan sepantas kilat saraf neuron dari otakku memberi isyarat menyebabkan tubuhku terhenti dan terus berpaling ke arah garai tersebut yang mempunyai papan tanda yang tertulis "WAN ATIK". aku dengan rasa lapar yang membuak-buak terus membeli nasi kerabu hitam berlaukkan ayam bakar, daging bakar dan hati lembu goreng untuk di makan di bilik nanti. sesampai aku di bilik aku terus menyelongkar bungkusan nasi tersebut dan memakanny dengan penuh kenikmatan dan rasa syukurku kepadaNYA kerana mengizinkan aku untuk terus merasa nasi kerabu tersebut.... Alhamdulillah memang sedap tetapi tidak sesedap nasi kerabu hitam yang dijual di restoran ibuku....