Saturday, 1 October 2011

Nasi kerabu

sambil aku tengah membaca novel "mengejar pelangi pagi" karya Mohd Kholid Hamzah tiba-tiba perutku berbunyi, itu isyarat penting yang selalu ku terima dari perutku apabila aku berasa lapar. aku bersiap-siap seadanya dengan t'shirt dan berseluarkan jeans bercadang untuk pergi menjamu perut yang kosong di kedai makan di seksyen satu bandar baru bangi. eh tidakku sangka hari ini terdapat pasar malam di sana, jadi aku mengambil kesempatan untuk menyelusuri gerai-gerai yang ada di san tiba-tiba hidungku disambar bau nasi kerabu, dengan sepantas kilat saraf neuron dari otakku memberi isyarat menyebabkan tubuhku terhenti dan terus berpaling ke arah garai tersebut yang mempunyai papan tanda yang tertulis "WAN ATIK". aku dengan rasa lapar yang membuak-buak terus membeli nasi kerabu hitam berlaukkan ayam bakar, daging bakar dan hati lembu goreng untuk di makan di bilik nanti. sesampai aku di bilik aku terus menyelongkar bungkusan nasi tersebut dan memakanny dengan penuh kenikmatan dan rasa syukurku kepadaNYA kerana mengizinkan aku untuk terus merasa nasi kerabu tersebut.... Alhamdulillah memang sedap tetapi tidak sesedap nasi kerabu hitam yang dijual di restoran ibuku....

No comments:

Post a Comment