Monday, 3 October 2011
mee celup special
selepas habis tutorial perlembagaan & negara malaysia, aku berjalan merentasi gelagat-gelagat mahasiswa dan mahasiswi yang terlompat-lompat entah kenapa.. "gembiranya mereka" terdetik di fikiranku. tanpa mempedulikan sesiapa yang ada di sekelilingku aku terus berjalan menuju ke keretaku sambil menikmati seni bina bangunan fakulti sains sosial dan kemanusiaan yang agak klasik bagiku. Aku memandu kereta menyusuri alam ukm yang tersergam indah ciptaan Tuhan yang maha agung. dalam menikmati keindahan itu timbul pula keiginan dalam hatiku untuk makan mee rebus.."kalau di kampung ada kedai Harun".. hatiku berkata-kata. "kalau di Bangi tidak ada kedai mee yang sedap" regus hatiku lagi.. tiba-tiba tanganku memutar stereng kereta masuk ke Taman Tenaga dan aku memberhentikan kereta di hadapan sebuah kedai. aku membuka pintu dengan perlahan dan turun dengan penuh perasaan ingin tahu apa makanan yang spesial yang terdapat di kedai tersebut. aku mengambil posisi meja makan yang berada di hadapan untuk aku menghirup angin petang yang sejuk selepas hujan renyai-renyai jatuh melembatkan bumi serta udaranya. sambil aku hilang dalam lamunanku tiba-tiba aku dikejutkan oleh suara yang lembut "adik nak makan apa?" .. aku tersedar dari lamunanku yang membawaku entah ke mana dan aku bertanya dengan penuh sopan " apa yang sepesial yang ada di sini"... " mee celup" wanita bertubuh sederhana itu memberitahuku.. "bagi saya satu" aku memesan makanan untukku nikmati .. alhamdulillah memang sedap mee celup yang aku makan dan terdetik dihatiku untuk mengunjungi kedai makan itu untuk kesekian kalinya nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment